Peristiwa Dataran Tiananmen

Dataran Tiananmen pernah dijadikan tapak berlakunya sebilangan peristiwa politik dan bantahan golongan pelajar. Ini termasuklah pengisytiharan Republik Rakyat China oleh Mao Zedong pada 1 Oktober 1949; pameran ketenteraan besar-besaran tahunan pada setiap Hari Kebangsaan sehingga 1 Oktober 1959; perarakan tentera ulang tahun ke-35 Republik Rakyat China pada tahun 1984 dan ulang tahun ke-50 pada tahun 1999; dan juga perhimpunan besar-besaran ketika Revolusi Kebudayaan.

Tapak ini juga pernah menempatkan berbagai-bagai demonstrasi oleh pihak yang berkuasa, termasuk Perarakan Kemenangan Tentera Berikat bagi meraikan pendudukan Beijing pada tahun 1900, perarakan besar Jeneral Zhang Xun pada Jun 1917 sebagai memperingati pemulihan perintah agung oleh beliau, pengasasan rejim boneka di bawah pemerintahan Jepun, perarakan tentera Republik setelah menawan kembali Beijing, dan juga "pearakan Hari Kebangsaan panjang lebar tidak lama selepas Tentera Pembebasan Rakyat melimpahkan Dataran dengan darah pada tahun 1989."[4]

Dataran Tiananmen juga menjadi tapak berlakunya berbilang pergerakan tunjuk perasaan.

Bantahan tahun 1989 mengakibatkan pembunuhan ramai sekali penunjuk perasaan China di jalan-jalan di sebelah barat dataran dan kawasan sekitar. Sesetengah wartawan Barat yang berada di dataran itu ketika peristiwa itu berlaku melaporkan bahawa mereka tidak menjumpai sesiapa yang sebenarnya mati apabila berada di dataran, namun dapat melihat orang ramai dibasahi darah but tetapi tidak pasti sama ada mereka sudah mati atau cuma cedera[6][7].

Rujukan

WikiPedia: Dataran Tiananmen http://www.beijingtrip.com/attractions/square.htm http://bmusat.com/pics/tiananmen360.html http://www.earnshaw.com/memoirs/content.cfm?ID=16 http://maps.google.com/maps?q=beijing+china&ll=39.... http://video.google.com/videoplay?docid=1761062858... http://video.google.com/videoplay?docid=7020744172... http://www.thebeijingguide.com/tiananmen_square/in... http://archives.cjr.org/year/98/5/tiananmen.asp http://www.morningsun.org/stages/tsquare/spence_ga... http://tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagen...